ziera'z Gallery

ziera'z Gallery
Just Be Strong

Thursday, June 19, 2014

We are Married! Mr.Dedek&Mrs.Dedek (310514)

Alhamdulillah...syukur kehadrat Illahi dengan izinNya, aku selamat dan sah menjadi isteri kepada Ahmad Hafiz bin Abd Arif pada hari sabtu 31 Mei 2014 pada jam 4.46 ptg.( urm aku main agak jer time tu huhu). Tp dengan sekali lafaz sahaja aku telah bergelar isterinya. Alhamdulillah sekali lagi..dugaan demi dugaan yg kami lalui sebelum hari bahagia ini amat aku geruni. Takut sangat mase tu..nasib baik ayah aku pandai buat lawak mase nk akad nikah tu..huhu. Nerves nye hati ni hanya Allah je yg tau..mase tu lah aku rase kan aku yg menjadi tumpuan ramai. Org kate pengantin baru kan.huhu..for the first time setelah akad nikah,husband aku kucup dahi aku depan org ramai..segannye xterkata..tp sebab kami dah halal. So xde ape yg perlu disegan kan. Aku ingin mengucapkan ribuan,jutaan terima kaseh yg xterhingga kpd kakak2 aku,mak ayah,abg,anak2 buah,abg2 ipar,sedara maraku yg tlh membantu dlm menjayakan majlis perkahwinan aku. Aku tahu mase lps akad nikah sempurna,aku lihat wajah bonda ku yg sedih..melihat anak bongsu nya yg dulu jauh diperantauan kini menamatkan zaman bujangnya pada umur 26thn. Aku cuba sembunyikan perasaan sedih tu. Sbb aku xnk nangis pd hari bahagia ku. Namun jauh dilubuk hati ni..aku tetap 'dedek' utk mak dan kakak2...Mak Ayah..dan kakak2 abang long..doakan dedek bahagia dgn pilihan dedek.. In shaa Allah.

Saturday, May 10, 2014

Beberapa hari je lagi...

Pejam celik pejam celik..lagi beberapa hari je lagi masa nak tamatkan zaman bujangku..adakah ini benar?? Rasa mcm xpercaya je..di umur ku nk cecah 26 ni..akan bergelar isteri kepada Ahmad Hafiz hujung bulan ni.. Aku harap segalanya dipermudahkan olehNya. Dalam menunggu hari bahagia ni.aku sempat join Upm Open. Memang xde trening..tapi layan jela..asalkan dapat main..main sebab nk apply biasiswa nk sambung blaja..hope dipermudahkan olehNya. Amin...persiapan menjelang hari bahagia hampir 70% siap kat sini..kat umah rasa nye 50% kot..sebab nk balik ni baru boleh tngk ape yg belum selesai.. Takutnyer..heheheh...kulitku yg burn & berbelang ni..ya waduh...sempat ke x nk putih balik..2 minggu je lagi lps game ni.huhu...kad belum habis di edar...risau plak ni..tapi ape pun aku harap segalanya berjalan dgn lancar dengan izinNya.amin....

Thursday, January 02, 2014

2014/01/01 Berjaya Hill's

Alhamdulillah...pergi nya 2013 dengan beribu2 kenangan manis dan pahit. Munculnya 2014 dengan sinar baru, harapan baru dan semangat yang Jitu.

Aku berharap 2014 ini akan dilalui dengan Hati yang Kuat. Dugaan demi dugaan akan ditempuhi dan ku terima dengan hati yang Positif.

Semoga apa yang kami rancangkan akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Bulan Februari adalah permulaannya..dan bulan Mei adalah hari bersejarah kami. In Shaa Allah.

Cuti tahun baru kami habiskan masa dengan berjalan2 ke tempat yang xpernah kami sampai, iaitu Berjaya Hill's @ Bukit Tinggi. Design bangunannya mengikut tema Ala France membuatkan aku terasa berada di France seketika. Walaupun dari segi bahasa dan budaya tidak berubah, tapi 'feel' berada di France ada sedikit bila berada di bukit tinggi..

Tapi next time aku nk datang lagi ke sana untuk join adventure. Rupanya kat situ ada Flying Fox terpanjang di South East Asia. Iaitu sepanjang 900meter. Wah...sangat teruja..sebab aku memang sukakan cabaran..

Aku harap next time aku akan smpai lagi kat sana utk beriadah bersama tersayang.

Saturday, December 28, 2013

Selesai Fasa 1

Alhamdulillah..harini berakhirnya kem seminggu utk pemilihan atlet fasa 1, seramai 7 lelaki dan 6 perempuan telah ada dlm shortlist SUKMA, tapi  akn ada lg fasa 2 utk cut off atlet sblm bln 3. So aku harap atlet2 yg terpilih skang ni dpt memantapkan prestasi serta performance masing2 utk mendapat tempat top 4. Aku dan Irza dah siapkan jadual utk thn dpn dari Januari hingga sukma. Semoga dgn jadual latihan tu akn membuatkan membuahkan hasil dlm masa terdekat ni. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku disini..Amin..

Wednesday, December 25, 2013

First Day Coaching

Hari ini dalam sejarah..aku mengajar budak2 memanah secara rasminya. Rase seronok sngt sebab aku dapat share dan ajar mereka dgn cara aku sendiri.

Walaupun first touch dari aku, tp aku gembira tengok ada atlit yg boleh paham dan terima cara aku. Aku hanya membantu mereka memudahkan shooting dan skills.

Sama ada mereka nk trima atau x..itu terpulanglah. Dan aku harap hari2 yg seterusnya akan berlalu dgn ilmu yg bermanfaat utk mereka.

Disebabkan kekangan masa utk mereka menjalani latihan penuh,dalam seminggu kem ni aku nk mereka betul2 faham dgn apa yg aku ajar. Aku bersyukur sangat pada Allah SWT sebab memberi aku ruang dan peluang utk mendidik atlit2 baru dalam sukan yg amat aku minat. In shaa Allah.

Monday, December 23, 2013

iT's DeceMber....

Assalamualaikum semua..

Kadang-kadang rase sekejap jer 2013...tp adakalanya rase lama kalau kita tak buat ape2 kan? tapi apepun yg berlaku pasti ada hikmahnya.

apa yg aku nak story disini ialah..jgnlah kita memandang seseorang itu melalui kisah silamnya. sebaliknya pandanglah dia waktu sekarang.

aku rasa mcm xpercaya bulan ni dh December. dan apa yang aku dan dia telah rancangkan baru saja berjalan 20% kot. Dalam masa yang sama rezeki aku untuk berkhidmat sebagai Jurulatih di N9. Walaupun status kontrak, aku xkisah asalkan dalam bidang yg aku minat, pada masa yang sama aku boleh mengutip pengalaman sebagai jurulatih. In Shaa Allah.

Aku akan kongsikan pengalaman aku sebaiknya kpd atlet2 aku nanti. Orang kata, "Pengalaman tidak boleh dijual beli, Pengalaman hanya boleh dikongsi dan diadaptasi". eh..ni ayat aku lah..hahaha.

Ok lah sampai disini saja coretan di Bumi Allah. Selamat menempuh hari2 yang mendatang.

Tuesday, July 09, 2013

hai semua.... agak lama saya tak post ape2 kat sini disebabkan masa yang tidak mengizinkan...hehe ok lah..news sekarang ni ialah:

1) PRAKTIKAL DAH PUN SELESAI-  maka berakhirlah tempoh praktikal aku di Majlis Sukan Negara Malaysia, di bawah Unit Perhubungan Awam, Cawangan Dasar. dalam tempoh 4 bulan berpraktikal ni, banyak perkara aku pelajari...dari malu2  untuk berhadapan dengan orang...aku dah biasa dengan semua tu..terima kasih banyak2 kat mantan bos aku iaitu en. Fahmi dan juga pembantunya Pn.Natasha yang juga senior dulu di SSBJ dan senior di UPM. jasa korang xkan aku lupe kan..termasuk juga sahabat2 yang sama2 berpraktikal di cawangan yang sama iaitu, izzati, pushpa, ganthi and adawiyah...i will miss uols..walaupun korang ade kat msn..tpi lepas ni dh xde dah nak berkumpul mcm praktikal kan..sedeh sangat..pasni semua bawak haluan masing2....aku harap segala apa yang kita belajar akan di aplikasikan di masa yang akan datang..insyaallah...